Lawatan Usahawan MDPS Ke The House Vendor Boutique & Cafe
6 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 Disember 2017 telah berlangsung Program mempromosi usahawan dibawah team MDPS (The House Vendor Boutique & Cafe). Program berlangsung di restoran milik Puan Nur Aswanisya Kamaruzzaman. Program ini bermula pada jam 1.00 tengahari dan berakhir kira-kira jam 2.00 Petang. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara dan informasi berkenaan selok-belok berkaitan pengurusan restoran dari segi pemasaran dan servis disamping menimba sedikit idea dari pengusaha. Bagi pihak MDPS kami berharap langkah mempromosi usahawan ini dapat membantu perniagaan usahawan terbabit berkembang ke suatu tahap yang membanggakan. Video dan post berkaitan usahawan ini telah di kongsi melalui page Menarik Di Perlis Selatan yang dikendalikan oleh team Pusat Internet 1 Malaysia Maxis Perlis.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu ushawan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: